Thursday, September 30, 2010

Sun Tzu's Art Of War

Lama tidak melihat blog, malam 30 September berkesempatan membelek buku-buku yang memang telah dibaca berkali-kali tetapi masih tertarik untuk membacanya. Sun Tzu's Art Of War karya asalnya ditulis oleh Sun Tzu, ahli sains ketenteraan terkemuka dan seorang komander handal pada zaman silam China. Satu pendapat Sun Tzu yang diakui oleh Mao Zedong sebagai benar ialah "Kenalilah musuh anda dan kenalilah diri anda, nescaya anda dapat mengharungi seratus pertempuran tanpa sebarang kekalahan". Persoalannya, bagaimana falsafah ini mampu diterap dalam pendidikan di sekolah, mungkin "Kenalilah murid anda dan kenalilah diri anda, nescaya anda dapat mengharungi 21st century learning tanpa rasa kecewa". Dan satu lagi perkara yang menarik diungkapkan Sun Tzu, "kekuatan merupakan satu kelemahan musuh". Mungkin merujuk kepada milikan kehebatan individu yang boleh menyebabkan kelupaan.

Mat Zaini Abdullah

Friday, September 10, 2010

Belajar Memahami Sebelum Difahami

Kebiasaan hari raya akan disambut bersama keluarga tersayang. Persoalannya bagaimana mereka yang sememangnya tiada keluarga. Aku cuba belajar memahami dengan cukup mudah. Melambatkan hari pulang ke kampung. Anak isteri telah lama pulang ke kampung tapi aku cuba melambatkan dengan berusaha menyiapkan segala assignment pengajian yang menjadi tanggungjawab. Bila malam terakhir puasa selepas terawih, aku pulang ke rumah dan aku merasai betapa sepi tanpa anak-anak dan isteri, rasa macam wujud suatu kekosongan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Fikiran menerawang, teringat kampung halaman, nostalgia masa kanak-kanak bermain bersama rakan sebaya. Sunyi dan sepi berada di sekeliling. Begitulah rasanya berhari raya tanpa keluarga dan begitulah ertinya berhari raya di kampung halaman. PULANGLAH SELAGI ADA KELUARGA

Nukilan ringkas

Mat Zaini Abdullah
Baling, Kedah

Wednesday, September 8, 2010

Soalan Ekonomi Asas Percubaan 2010 Negeri Kedah

Kepada Semua guru ekonomi asas negeri-negeri lain, sekiranya ingin bertukar soalan percubaan boleh hubungi saya melalui email di bawah:
zainismkpp@gmail.com

TQ

Mat Zaini Abdullah
Baling, Kedah

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya dan isteri, Shahida Abdul Wahab serta anak-anak Nur Alia, Nur Adila dan Nur Amira mengucapkan selamat menyambut hari raya buat keluarga di Kelantan, Kedah, warga SMK Parit Panjang, warga SMK Tunku Putera, warga SK Baling dan kawan-kawan yang mengenali kami serta umat Islam di Malaysia dan di dunia. Bawalah kenderaan anda dengan berhati-hati. Ingatlah kegembiraan bukan jaminan keselamatan

Ikhlas daripada

Mat Zaini Abdullah sekeluarga

Saturday, September 4, 2010

Penggunaan HTML/JavaScript

Elemen HTML/JavaScript dapat membantu anda untuk menjadikan blog lebih bermanfaat.
Memapar jam atau tapak meter(site meter)
Langkah-langkah
1. Pilih posisi yang akan menjadi tempat elemen HTML/JavaScript di blog sendiri. Kemudian klik pautan tambah gadget atau peralatan
2. Dalam gadget yang dipaparkan cari bahagian HTML/JavaScript dan klik ikon +
3. Isi borang yang disediakan. Judul letakkan sebagai JAM. Sementara dalam bahagian kandungan(content) akan diisi dengan kod HTML yang akan diperolehi daripada penyedia perkhidmatan blog
4. Layari ClockLink di http://www.clocklink.com/. Kemudian klik menu galeri
5. Pilih model Jam yang disukai
6. Klik terima pada peraturan yang disediakan
7. Setelah memilih Jam. Copy kod HTML. Sebelum memasukkan kod HMTL ke dalam ruangan kandungan pastikan kita menekan butang Edit HTML.
8. Setelah selesai klik butang simpan

Friday, September 3, 2010

Pelajar Generasi abad ke-21

Seharusnya pelajar generasi ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Soalnya bagaimana isu sebegini masih wujud sedangkan pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 53 tahun. Adakah isu kaedah pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar hanya bergantung semata-mata kepada persekitaran.