Sunday, October 24, 2010

Bagaimana Rasullulah s.a.w menerapkan teori resapan inovasi?

Dalam konteks Rasullulah s.a.w inovasi merujuk kepada agama Islam yang dibawa. Pada zaman baginda, Islam merupakan sesuatu yang baru bagi masyarakat jahiliyah, menentang tradisi biasa beragama dalam kalangan ahli masyarakatnya. Konsep ketuhanan yang tidak terlihat tetapi difahami melalui zat-zatnya. Secara akal manusia, sukar untuk membina kefahaman kerana inovasi yang dibawa terutama menyentuh khalik tidak boleh dilihat oleh individu dalam masyarakat.

Baginda kemudiannya bergerak kepada saluran komunikasi bermula dengan diri baginda sebagai "role model" secara tutur kata, kelakuan dan sikap yang lahir daripada hati tanpa menuturkan perkataan "ikhlas". Sikap baginda dirasai secara pancaindera dan perasaan manusia yang pernah menerima keikhlasan baginda. Skop dakwah peringkat awal lebih tertumpu kepada mentauhidkan Allah tidak lagi berkaitan soal-soal pratikal seperti amalan sembahyang lima waktu, puasa, haji, zakat. Selepas diri baginda dipersiapkan, saluran komunikasi dakwah menghasilkan sahabat-sahabat yang rapat dengan baginda. Saidina Abu Bakar Al Siddiq r.a. memeluk Islam kerana kepercayaan tidak berbelah bagi terhadap baginda kerana sahabat ini mengenali baginda sebagai manusia yang tidak pernah berbohong. Kesimpulannya, perlu bermula dalam diri dan diterjemah secara ilmiah oleh mereka yang tahu menggunakan akal fikiran. Kemudian saluran dakwah berlaku melalui para sahabat yang menerima Islam. Contoh yang paling jelas bagaimana Saidina Umar Al Khattab memeluk Islam melalui saudara terdekat walaupun agak keras, hal ini juga melibatkan saluran komunikasi baginda, iaitu doa.

Masa dan sistem sosial akan dilihat kemudian

Nukilan ringkas
Mat Zaini Abdullah


Saturday, October 23, 2010

Model Perancangan Teknologi

Model Love
1. Membina pasukan
2. Penyelidikan
3. Membina perancangan teknologi
4. Jadikan perancangan sebagai rasmi
5. Pelaksanaan dan penilaian secara berterusan

Model Boostrom
1. Laying the groundwork
2. Funding
3. Networking
4. Staff development
5. Curriculum

Model Fishman
1. Establish a vision of teaching and learning
2. Develop staff technology skills
3. Redesign curriculum with embedded technology
4. Benchmark perfomance and progress


Nukilan ringkas,
Mat Zaini Abdullah

Teori Resapan Inovasi

Teori ini dipelopori oleh Everett M. Roger. Resapan merupakan proses sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli sesebuah sistem sosial. Sesuatu inovasi mungkin berupa idea, teknologi atau kaedah atau teknik-teknik tertentu. Terdapat empat elemen utama dalam teori resapan, antaranya :

1. Inovasi
2. Saluran komunikasi
3. Masa
4. Sistem sosial

Soal inovasi perlu diambil kira dalam memperkenalkan sesuatu yang baru. Hal ini meliputi faedah yang akan diperolehi daripada inovasi yang diperkenalkan. Soal kesesuaian inovasi juga perlu dipertimbangan sebelum disebar kepada khalayak umum di samping melihat juga tahap kesukaran sesuatu inovasi untuk dipelajari oleh bakal penerima dan bagaimana keupayaan untuk mencuba inovasi tersebut. Terakhir dalam soal inovasi ialah kebolehlihatan inovasi oleh ahli-ahli masyarakat yang terlibat.
Saluran komunikasi merujuk kepada bagaimana inovasi diperolehi oleh ahli masyarakat dan disampaikan kepada ahli-ahli lain dalam masyarakat. Saluran antara individu lebih berkesan dalam membentuk dan menukar sikap terhadap idea-idea baru. Sesetengah individu menilai sesuatu inovasi bukan berasaskan kajian saintifik pakar tetapi melalui penilaian subjektif rakan-rakan terdekat yang telah menerima inovasi tersebut.

Dimensi masa yang melibatkan resapan berlaku melalui 3 cara. Inovasi-keputusan, peringkat ini merupakan proses mental individu samada menerima atau menolak inovasi. Pada peringkat ini juga, individu akan mencari maklumat bagi mengurangkan ketidaktentuan. Dalam peringkat ini individu akan bergerak daripada pengetahuan-pemujukan-keputusan-pelaksanaan-pengesahan. Selepas itu, individu akan berpindah kepada kesedaran terhadap inovasi melalui darjah penerimaan seseorang individu terhadap inovasi secara relatif lebih awal berbanding individu lain. Akhir sekali kadar penerimaan yang merujuk kepada kelajuan relatif dalam menerima inovasi bagi individu dalam satu sistem sosial. Ia diukur berdasarkan bilangan ahli dalam sesebuah sistem sosial yang menerima inovasi dalam tempoh yang ditetapkan.

Sistem sosial merupakan elemen terakhir yang merujuk kepada satu set unit yang saling berhubungan secara rapat dan secara bersama menyelesaikan masalah untuk mencapai matlamat bersama.

Kesimpulannya, kefahaman terhadap teori ini akan mampu menjana inovasi dalam organisasi dengan peluang meminimumkan konflik kesan daripada inovasi. Paling penting kaedah saluran komunikasi dan masa serta sikap individu dalam sistem sosial.

Nukilan ringkas,

Mat Zaini Abdullah





Wednesday, October 20, 2010

Rumusan Dapatan Pemeriksaan Di Sekolah Oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

  1. Pedagogi Berpusatkan Guru
  2. Guru banyak bersyarah
  3. Alat Bantu Mengajar(ABM) kurang digunakan dan banyak tidak sesuai
  4. Kaedah pengajaran tidak pelbagai
  5. Banyak memberi pengetahuan dan kurang memudah cara
  6. Banyak menggunakan kaedah kelas
  7. Tidak mengambil kira kepelbagaian potensi individu
  8. Pemulihan dan pengayaan kurang dijalankan
  9. Banyak menggunakan "stimulus response" sementara prinsip utama pengajaran jarang digunakan
  10. Penyoalan murid banyak menguji ingatan 
  11. Murid kurang diberi latihan
  12. Murid tidak sedar apa yang dipelajari
  13. Murid kurang diberi peluang mengemukakan pendapat dan bersoal jawab
  14. Murid tidak banyak berfikir tentang sesuatu perkara
  15. Aktiviti P & P lebih fokus kepada pengetahuan tambahan
Rumusan ini dibentangkan di Jabatan Pelajaran Kedah pada 20 Oktober 2010. Persoalannya bagaimana kita mampu untuk mengatasi suasana pendidikan sebegini. Seharusnya, pendidikan pada abad ke-21 lain daripada rumusan di atas. Mungkin perlu balik kepada kata-kata Stephen R. Covey, "Think of the end in mind"